Sukan Hari Ini

Safee simpan taring

Kuala Lumpur: Penjaring terbanyak Piala AFF 2010, Safee Sali bersedia untuk memainkan peranan sebagai pemain gantian menjelang sepak mula Piala AFF hujung minggu nanti.

Gandingan dua rakan sepasukannya di Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Amri Yahyah dilihat menjadi taruhan pengendali skuad negara, Dollah Salleh mengetuai jentera serangan dengan Safee bakal menggalas tugas sebagai pemain gantian seandainya diperlukan untuk menambah sengat memburu jaringan.

“Peranan memang agak berbeza (sebagai pemain gantian), namun saya bersedia membantu pasukan dengan bermain bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan terbaik. Saya tidak kisah bergandingan dengan mana-mana pemain jika diturunkan,” katanya.

Jentera serangan Norshahrul dan Amri ketika menentang Vietnam pada Ahad lalu dilihat menyerlah pada babak pertama dan mendapat pujian Dollah sebelum skuad negara tunduk 1-3 kepada tuan rumah dalam aksi persahabatan berkenaan.

“Saya berada dalam keadaan yang baik dan tiada sebarang kecederaan. Seratus peratus bersedia mental dan fizikal. Saya mengharapkan rentak dapat terus meningkat terutamanya pada perlawanan pertama nanti (menentang Myanmar).

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");