Membawang Hari Ini

Saluran E! Bakal Siar Program Realiti Fazura

Pelakon filem ‘Tembus’, Fazura telah dipilih menjadi artis Malaysia pertama mempunyai program realiti sendiri, ‘Facing Up To fazura’ yang akan disiarkan di saluran E!.

Bakal disiarkan bermula 14 Disember 2014, program lima episod ini akan mendedahkan kehidupan sebenar Fazura kepada penonton selain turut menampilkan ramai rakan-rakannya yang terlibat dalam bidang hiburan dan fesyen.

“Saya tidak pernah menjangka ada pihak yang berminat untuk mengetahui kehidupan saya. Apatah lagi dengan tawaran dan rancangan daripada E!. Saya rasa bersyukur dan rendah diri kerana diberi peluang ini,” ujar Fazura.

‘Facing Up To Fazura’ diterbitkan oleh penerbit sama bagi program realiti Filipina, ‘It Takes Gutz to be Gutierezz’, Karen Wiggins dari Matchbox Asia.

– Media Hiburan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");