Jenayah

Sanggup sembunyi dalam parit

SERI MANJUNG – Kerana tidak mahu ditangkap pihak Imigresen, seorang wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) sanggup bersembunyi di dalam parit yang dipenuhi air dan ditutup daun kelapa sawit, di sini.

Bagaimanapun, usaha itu sia-sia apabila dia tetap ditahan bersama 22 lagi warga asing dalam Operasi Selera oleh Jabatan Imigresen Lumut dalam operasi malam semalam.

Operasi yang disertai 16 anggota Imigresen itu dilaksanakan di sekitar Seri Manjung dengan memfokuskan kedai tomyam dan kedai makanan laut yang dibuka dalam ladang sawit.

Pegawai Imigresen Lumut, Nor Azman Ibrahim berkata, dalam operasi itu pihaknya menahan seramai 23 warga asing melibatkan lima warga Vietnam dan 18 wanita warga Thailand berumur lingkungan 30an.

Menurutnya, wanita warga Vietnam bekerja di kedai makanan laut di ladang sawit sebagai GRO manakala wanita Thailand bekerja di kedai makan tomyam.

“Ada sebilangan wanita warga Vietnam cuba melarikan diri dengan bersembunyi di dalam parit yang dipenuhi air sehingga tidak menghiraukan keselamatan.

“Namun kita sudah menghidu taktik berkenaan dan hasil kecekapan anggota kita mereka berjaya ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen 1959/63 dan juga Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau berkata, manakala wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang masak dan pelayan di kedai-kedai Tomyam ditahan mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963.
Jelasnya, operasi itu akan diadakan secara berterusan dari masa ke masa bagi membanteras masalah berkaitan warga asing di daerah ini.

“Kita juga sentiasa mengalu-alukan maklumat dari orang awam mengenai kegiatan warga asing tanpa sebarang dokumen sah ini bagi diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");