Sukan Hari Ini

‘Saya akan siasat’

Kuala Lumpur: Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan menyiasat kegagalan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang gagal melunaskan hadiah wang kemenangan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini.

Menurut Pesuruhjaya Sukan, Ahmad Shapawi Ismail (gambar), mereka akan menyiasat dan memanggil badan induk kebangsaan itu untuk mendapatkan maklumat diperlukan.

“Selepas mendapat maklumat barulah kertas siasatan dibuka. Sebenarnya perkara ini kami sudah mengetahuinya (sebelum Menteri Belia dan Sukan) Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi kenyataan kelmarin),” katanya.

Kelmarin, Khairy berkata, mereka mungkin terpaksa membantu PKBM sekali lagi kerana kegagalan badan induk itu melunaskan wang hadiah kemenangan LTdL edisi ke-19 yang berlangsung 26 Februari hingga 7 Mac lalu.

Bagaimanapun, timbul persoalan mengenai isu berkenaan kerana KBS melalui Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ini sudah memberi RM1.6 juta kepada PKBM sebelum bermulanya perlumbaan lebuh raya berprestij di Asia itu.

“Perkara ini di bawah seksyen 12 namun sekarang ini kita melihat mereka tidak menipu atau memberi maklumat palsu.

“Mereka cuma membelanjakan wang untuk tujuan lain dan bukan kerana tujuan utama. Dalam akta tidak ada menjelaskan perkara ini salah atau sebaliknya,” katanya.

Katanya, mereka akan mengemukakan laporan kepada menteri dan KBS termasuk memberi cadangan yang dirasakan bersesuaian.

Peristiwa yang berlaku itu mengingatkan kembali kepada masalah hampir sama apabila KBS terpaksa menyelamatkan penganjur LTdL 2006, First Cartel Sdn Bhd yang tidak dapat membayar kos penganjuran RM10.7 juta.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");