Sukan Hari Ini

Schumacher makin tunjuk peningkatan untuk pulih – Pengurus

BERLIN: Bekas jaguh dunia Formula Satu (F1), Michael Schumacher dilaporkan terus menunjukkan peningkatan untuk pulih selepas dirawat di rumahnya sejak mendapat kemalangan ketika bermain ski Disember lalu.

Pengurus Schumacher, Sabine Kehm memberitahu stesen televisyen Jerman, RTL bahawa juara dunia tujuh kali itu ‘semakin menunjukkan peningkatan susulan kecederaan yang dialaminya.

“Anda kena berikannya lebih masa. Saya fikir anda perlu bersabar,” katanya.

Schumacher mendapat koma selepas nahas dan Kehm amat teruja dengan sokongan pelbagai pihak untuk pemulihan pelumba berkenaan.

“Ahli keluarganya juga amat berterima kasih dan amat teruja setiap apa yang ditunjukkan oleh orang ramai…saya fikir ia satu tenaga positif dan kesan yang bagus untuk proses pemulihannya,” katanya.

Schumacher kini tinggal di Gland, dekat Geneva, di Switzerland. – AP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");