Berita Hari Ini

Serius tangani masalah tanah runtuh

PARIT:Pemuda Umno Bahagian Parit mendesak pihak berkaitan supaya mengambil tindakan lebih serius dalam mengatasi masalah tanah runtuh di Jalan Parit- Seri Iskandar.

Ketuanya, Khairul Shahril Mohamed berkata, kejadian tanah runtuh di laluan berkenaan sudah berlarutan sejak pembukaannya kira-kira 10 tahun lalu.

Menurutnya, sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian terhadap isu tersebut kerana masih berlaku runtuhan walaupun kerja baik pulih sudah banyak kali dilakukan.

“Selaku Ketua Pemuda Umno Bahagian Parit, saya kecewa dengan kegagalan pihak berkaitan dalam menyelesaikan isu ini.

“Kerosakan jalan ini mendatangkan bahaya kepada pengguna dan jalan sentiasa dipenuhi tanah lumpur,” katanya.

Beliau berkata, runtuhan tanah itu turut menyebabkan beberepa kemalangan kecil sebelum ini dan tidak mustahil boleh menyebabkan kemalangan maut.

“Saya minta supaya pihak berkaitan mengambil pendekatan lebih serius dalam soal ini kerana saya lihat kaedah baik pulih yang digunakan sama sahaja sejak dari dahulu lagi.

“Sepatutnya ada tenaga pakar dalam bidang berkenaan yang boleh mengkaji punca masalah ini,” katanya.

Menurutnya, disebabkan proses baik pulih tidak mendatangkan kesan, rakyat tidak yakin dengan kerajaan.

“Oleh itu, saya minta supaya Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri campur tangan dalam isu ini supaya jalan penyelesaian boleh diambil, seterusnya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

-sinarharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");