Jenayah

Sindiket dadah guna khidmat kurier tumpas

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan empat cubaan menyeludup dadah jenis syabu ke negara ini menggunakan perkhidmatan kurier antarabangsa dari China serta satu kes mengedar dadah pada Rabu lepas hingga semalam di sekitar Puchong dan Petaling Jaya, Selangor.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua syabu seberat 21.9 kilogram yang dirampas bernilai RM2.2 juta dan lima lelaki warga Nigeria berjaya ditahan dalam serbuan yang dilakukan.

“Kesemua suspek berusia 27 hingga 40 tahun ditahan di beberapa lokasi berasingan dan rata-rata mereka adalah pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Lembah Klang,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi.

Noor Rashid berkata, pihaknya mula menghidu taktik sindiket dadah antarabangsa menggunakan perkhidmatan kurier dari China untuk mengaburi pihak berkuasa selain turut menggunakan alamat palsu ketika membuat penghantaran.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");