Jenayah

Sintok dilanda banjir kilat

Sintok: Dua puluh lima mangsa membabitkan lapan keluarga di Kampung Baru, dekat sini, dipindahkan berikutan rumah mereka banjir kilat.

Selain itu, hujan lebat yang melanda di beberapa kawasan termasuk Kubang Pasu menyebabkan lebuh raya di Changlun, di sini, turut ditenggelami air, sekitar 3 petang ini.

Berikutan itu, pengguna terpaksa berpatah balik untuk mencari laluan lain berikutan jalan utama di Kampung Jenalik dinaiki air.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kubang Pasu, Kamalruzaman Kasa, berkata hanya 25 mangsa dipindahkan ke rumah saudara mara berhampiran berikutan banjir kilat.

“Sehingga ini, tiada pusat pemindahan dibuka dan air kembali surut kira-kira 11 malam tadi, ” katanya ketika dihubungi.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");