Jenayah

Sorok dadah dalam baju

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki bersama rakannya menyembunyikan 10 peket dadah ketamin dan 41 biji pil Ecstacy di dalam baju mengundang padah apabila mereka ditahan dalam operasi cegah jenayah di Pantai Dalam, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, dua lelaki berusia 40 dan 50-an itu yang menunggang motosikal gagal melarikan diri selepas anggota dari Balai Polis Pantai diketuai Ketua Balai Polis Pantai Inspektor Mohd Suhaibi Sulong mengadakan operasi khas cegah jenayah peringkat balai di kawasan itu, kira-kira jam 9 malam.

“Dalam pemeriksaan ini, kami menahan suspek selepas mendapati mereka memiliki 10 peket dadah ketamin dan 41 biji pil Ecstacy.

“Malah, ujian air kencing juga mendapati positif dadah dan suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Azlee berkata, selain itu empat lelaki turut ditahan disyaki penagih dadah manakala saman turut dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");