Sukan Hari Ini

Sturridge tercedera lagi, mungkin tersisih sebulan

LONDON: Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge mengalami kecederaan baharu bahagian paha dan situasi ini amat membimbangkan.

Ini kerana dia mungkin tersisih sebulan lagi daripada aksi bola sepak dan hampir pasti tidak dapat bersama The Reds apabila menentang Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

Sturridge menarik diri daripada sesi latihan di Melwood, Isnin lalu dengan kecederaan pada bahagian sama yang dialami ketika menjalani latihan bersama skuad England pada 5 September lalu.

Liverpool akan menilai tahap kecederaan itu dalam tempoh 48 jam berikut dengan ujian imbasan turut dalam perancangan.

Kali terakhir Sturridge beraksi untuk Liverpool adalah ketika menewaskan Tottenham 3-0 di White Hart Lane pada 31 Ogos lalu. – Mail Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");