Berita Hari Ini

Sultan Brunei, Najib hadir Konsultasi Tahunan

PUTRAJAYA – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Konsultasi Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei kali ke-18 di sini, hari ini.

Sultan Hassanal disambut Najib di Seri Perdana, venue bagi konsultasi itu berlangsung.

Konsultasi tahunan ini merupakan acara paling penting antara Malaysia dan Brunei.

Ia membolehkan pemimpin kedua-dua negara melihat kembali kemajuan dua hala yang dicapai sebelum ini terutama berhubung pelaksanaan perjanjian yang dimeterai dalam Pertukaran Surat yang ditandatangani pada 2009.

Konsultasi diadakan sempena lawatan kerja tiga hari Sultan Hassanal ke Malaysia bermula hari ini.

Menurut Wisma Putra, selain isu dua hala, kedua-dua pemimpin akan turut bertukar-tukar pandangan dan idea mengenai isu serantau dan antarabangsa. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");