Perak Hari Ini

Sultan Nazrin Rasmi Terminal Maritim Teluk Rubiah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Teluk Rubiah Maritime Terminal di Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd, dekat Seri Manjung, hari ini.

Turut hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Ahmad Puhat Mat Nayan dan Ketua Pegawai Eksekutif Vale, Murillo Ferreira.

Baginda kemudiannya telah dibawa meninjau lokasi pusat pengedaran bijih besi Vale tersebut.

Sementara itu, Murillo berkata, Teluk Rubiah merupakan satu landasan strategik bagi pelaburan dan perniagaan Vale.

“Terminal ini diwujudkan untuk meningkatkan keupayaan syarikat bagi membekalkan bijih timah dengan lebih cekap untuk pasaran Asia.

“Selain itu, pusat pengedaran ini mendekatkan lagi jarak demografik kami dengan para pelanggan di benua tersebut,” katanya.

vale1

Beliau berkata, terminal itu terletak di Selat Melaka dan mengambil kira-kira 10 hari pelayaran dari pelabuhan lain di rantau Asia dan Asia Tenggara.

“Kewujudan terminal ini sekaligus mampu meningkatkan daya saing syarikat,” ujar beliau lagi.

Pusat pengedaran bijih besi Vale di Malaysia yang juga dikenali sebagai Terminal Maritim Teluk Rubiah itu membabitkan nilai pelaburan bernilai USD1.37 bilion dan mampu mengendalikan 30 juta tan metrik biji besi setahun.

Operasi Vale di Teluk Rubiah itu juga mewujudkan kira-kira 1,800 peluang pekerjaan langsung dan secara tidak langsung di rantau Asia dan Asia Tenggara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");