Sukan Hari Ini

Swans mahu ambil kesempatan

SWANSEA CITY mahu mengambil kesempatan di atas prestasi terumbang-ambing penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Manchester City, dalam pertemuan kedua-dua pasukan, malam nanti.

Berkunjung ke Etihad, The Swans dilihat tidak berdepan kesulitan memandangkan beberapa nama besar The Citizens seperti David Silva, Edin Dzeko dan Vincent Kompany diragui untuk turun beraksi kerana berdepan dengan masalah kecederaan.
“City adalah pasukan yang hebat. Mereka kebal di Etihad dan mereka yakin mampu untuk meraih tiga mata.
“Kami juga mahu menunjukkan aksi yang terbaik untuk meraih kemenangan dan aksi ini adalah perlawanan yang kami tunggu tunggu,” kata pengendali Swans, Garry Monk.
Dalam aksi EPL sebelum ini, Swans berjaya merekodkan kemenangan, 2-1, ke atas Arsenal manakala City terpaksa berhempas pulas sebelum mencatatkan keputusan seri, 2-2, menentang Queens Park Rangers.
-sinar harian
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");