Sukan Hari Ini

Taufik Hidayat tak dapat percaya isu doping Chong Wei

JAKARTA: Bekas juara Olimpik, Taufik Hidayat menasihatkan pemain badminton lain untuk lebih berwaspada dalam soal pemakanan dan pengambilan suplemen.

Jaguh dari Indonesia itu berkata demikian agar tiada pemain lain akan ditimpa malang seperti dialami Datuk Lee Chong yang diuji positif menggunakan dadah terlarang.

Taufik berkata pemain nombor satu dunia dari Malaysia itu mungkin mengambil dadah jenis dexamethasone secara tidak sengaja.

Namun, dia beranggapan Chong Wei seharusnya lebih peka mengenai bahan yang dimasukkan ke dalam badannya itu.

“Saya masih tidak boleh mempercayai sehingga sekarang. Saya tidak pasti sama ada dia melakukannya secara sengaja

“Mungkin ada kesilapan berlaku ketika dia menerima rawatan ke atas kecederaan itu,” kata Taufik kepada Jakarta Globe.

“Pemain bertaraf dunia seperti Chong Wei seharusnya sudah tahu apa yang diambil dan apa yang masuk ke dalam badannya.

“BAM (Persatuan Badminton Malaysia) adalah badan profesional yang mengawasi pemain mereka dengan baik”

Chong Wei digantung sementara daripada sebarang kejohanan selepas sampel B ujian air kencing di sahkan positif di sebuah makmal di Norway, awal bulan ini.

Jika bersalah dia mungkin digantung selama dua tahun.

“Atlet harus tahu apa yang mereka makan dan minum dan bukan hanya kepada latihan harian mereka,” kata Taufik.

“Mereka harus tahu setiap benda yang masuk ke dalam badan mereka. Atlet hanya mempunyai dua musuh – diri mereka dan doping.” – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");