Jenayah

Tedung selar 4 meter

Georgetown: Seekor ular tedung selar sepanjang lebih empat meter ditangkap di dalam longkang berhampiran rumah seorang warga emas di Paya Terubong, di sini, 8.40 malam Ahad lalu.

Kehadiran reptilia berkenaan disedari seorang penduduk yang pada awalnya terlihat satu cahaya di dalam longkang sebelum ia didapati seekor ular.

Penduduk terbabit kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk meminta bantuan.

Pegawai Operasi JPAM Daerah Timur Laut Mohd Khairul Izhar Ismail berkata, pada peringkat awal usaha untuk mengeluarkan ular berkenaan dari dalam longkang mengalami sedikit kesukaran berikutan saiz ular yang agak besar dan mengambil masa hampir setengah jam sebelum berjaya mengeluarkan reptilia berkenaan.

Katanya, ular tedung selar itu dipercayai cuba mencari jalan keluar dan kemungkinan mahu menyelinap masuk ke dalam rumah penduduk di situ.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");