Jenayah

Terjun panik feri berlanggar

Tawau: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke laut ketika feri yang membawa sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) bertembung dengan bot kargo di perairan Simpang Tiga, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, feri yang membawa 104 PATI dan enam kru itu dalam perjalanan menghantar kumpulan terbabit ke Nunukan, Indonesia sebelum bertembung dengan bot kargo.

Disebabkan panik, sembilan penumpang feri terjun ke laut, namun lapan berjaya diselamatkan kru sebelum meneruskan perjalanan ke Nunukan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di Indonesia memaklumkan kehilangan seorang PATI dikenali sebagai An Zulkarnain Als Zoel, 22, dipercayai dihanyutkan arus, kepada Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) Tawau jam 11.45 malam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Tawau Kapten Anor Jaafar berkata, berdasarkan maklumat itu, sebuah bot kilat digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat namun gagal menemui mangsa.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");