Membawang Hari Ini

Teruja berlakon bersama

Rencana awal fotografi ini asalnya turut disertai Shaheizy Sam (Sam), yang juga teraju utama Manisnya Cinta Di Cappadocia, filem arahan Bernard Chauly bakal berpanggung pada 11 Disember nanti.

Namun disebabkan belum pulih dari demam panas, pihak pengurusan Sam, MIG Talent, terpaksa membatalkan temu janji pada 10 November itu di mana sebelumnya pernah membatalkan satu sesi fotografi pada 5 November kerana penambahan hari sebuah penggambaran filem.

Pun begitu, suasana fotografi yang merakamkan kemewahan bilik jenis Junior Suite yang baru diperkenalkan One World Hotel, Petaling Jaya, itu berlangsung dalam suasana cukup ceria.

Barangkali ramai yang tidak tahu… dua aktres jelita berbakat dan sering mewarnai filem tempatan ini, saling mengagumi antara satu sama lain.

Malah, tidak keterlaluan menyifatkan mereka ‘wanita-wanita’ kesayangan Bernard Chauly, yang sering tampil dengan karya-karya unik sekali gus membawa keluar pelakonnya daripada ‘klise’.

Sekadar mengimbas, sewaktu mahu menghasilkan filem Istanbul Aku Datang, Bernard begitu menginginkan aktres kesayangan Bernard, siapa lagi bukan Nur Fazura Sharifuddin (Faz), 31, untuk membintangi filem itu.

Pun begitu, disebabkan kekangan waktu Faz terpaksa menolak lamaran Bernard dan watak Dian itu berganti tangan kepada Lisa.

Ternyata menjadikan Lisa sebagai pilihan kedua satu tindakan yang tepat apabila watak Dian dijiwai Lisa melayakkannya menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2014, baru-baru ini. – hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");