Laporan Eksklusif

Tiada Bukti Kaitkan Tuduhan Liwat Satu Konspirasi Politik

Selepas pihak pembelaan selesai mengemukakan hujah ketika prosiding rayuan kes liwat II di Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan keputusan Mahkamah Persekutuan bakal berpihak kepadanya, sekaligus membebaskannya daripada sabitan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Tetapi apabila tiba giliran Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyangkal hujah pihak pembelaan yang mengaitkan tuduhan liwat itu sebagai konspirasi politik, Anwar mungkin rasa tak senang duduk dengan apa yang akan didedahkan oleh peguam yang mewakili Mohd Saiful Bukhari Azlan itu.

Sebelum ini, pada sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Anwar mendakwa tuduhan liwat yang dihadapinya itu merupakan KONSPIRASI POLITIK untuk membunuh karier politiknya.

Dari kandang tertuduh, Anwar membuat dakwaan itu dengan membaca kenyataan setebal 32 muka surat berhubung konspirasi politik yang konon-kononnya dirancang oleh pihak kerajaan tetapi akhirnya ditolak sebagai penafian kosong oleh kedua-dua mahkamah tersebut.

Peguam Anwar, N Surendran pada hujahnya menegaskan adalah kemungkinan bahawa insiden yang didakwa berlaku itu direka-reka Mohd Saiful dan orang-orang yang ditemui beliau antara 24 Jun hingga Jun 2008.

Ia didakwa rancangan diatur melibatkan Najib dan lain-lain pihak yang telah dibangkitkan oleh Anwar dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh tetapi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan didakwa pihak pembelaan gagal memberikan pertimbangan ini dalam keputusan mereka.

Surendran bersetuju bahawa malah satu kenyataan dari kandang tertuduh juga kurang pertimbangannya berbanding keterangan bersumpah tetapi mahkamah katanya, patut memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas aduan oleh perayu (Anwar).

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim mendengar rayuan itu, mengingatkan Surendran supaya menunjukkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyokong hujahnya berkaitan dengan kenyataan dari kandang tertuduh.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh memilih untuk membaca dakwaan itu dari kamar mahkamah sedangkan tuduhan itu adalah umum dan tidak mempunyai syarat tertentu.

Harus diingatkan, tiada sesiapa yang meminta Anwar memberikan kenyataan bukan bersumpah sebaliknya beliau boleh memilih berdiam diri tetapi Anwar mahu menjelaskan mengapa beliau mahu membuat kenyataan itu.

Apakah sememangnya wujud kemusykilan apabila Ketua Pembangkang itu masih berusaha memilih untuk membangkitkan isu yang berkaitan dengan DNA dan 42 isu lain untuk tujuan ‘menimbulkan keraguan’ di pihak yang akan membuat keputusan kelak?

Ini merupakan permainan politik Anwar yang mana pilihannya adalah untuk menggunakan haknya untuk membuat kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh di mana pernyataan itu tidak boleh (tidak akan) membawa pertuduhan seperti yang dinyatakan oleh Saiful (mangsa yang dikatakan).

Lantas, adakah ini yang dianggap oleh pemimpin-pemimpin pembangkang sebagai penganiayaan daripada pendakwaan dan mengapa Anwar sendiri enggan membuat pernyataan bersumpah yang sekurang-kurangnya secara teori.

Adakah ini satu lagi langkah permainan kotor politik pembangkang yang akan meninggalkan ruang kepada Ketua Pembangkang untuk menyerang badan kehakiman yang akan dikatakan pula sebagai berat sebelah dalam menjatuhkan hukum terhadapnya kelak.

Jelas, teori konspirasi politik yang didakwa Anwar itu akhirnya memakan diri dan karier politiknya sendiri segala apa yang disuarakan itu tidak boleh diterima pakai sebagai bukti di mahkamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");