Perak Hari Ini

Tujuh Agensi Terpilih Terima Anugerah CSM-ACE 2014

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada tujuh agensi terpilih berdasarkan komitmen dan usaha masing-masing dalam mempromosi dan mengukuhkan inisiatif keselamatan siber dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat (ICT).

Majlis penyampaian anugerah tersebut berlangsung di Hotel Casuarina@Meru Ipoh, di sini malam tadi sempena Anugerah, Pameran dan Persidangan Keselamatan Siber Malaysia (CSM-ACE) 2014 yang berlangsung dari 11 hingga 15 November.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Pengerusi Lembaga Pengarah, CyberSecurity Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Azumi Mohamed.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Exco Belia, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif KPerak Inc, Mohd Nazaruddin Mohd Yusoff.

PERAK TODAY 8

Menurut penerima anugerah ‘Cyber Security Profesional of the Year’, Datuk Seri George Chang yang juga merupakan Naib Presiden, Southeast Asia & Hong Kong Fortinet Malaysia Sdn Bhd, anugerah yang digondolnya itu diharap dapat memberi inspirasi kepada semua golongan profesional siber untuk terus menggunakan setiap aplikasi siber dengan lebih berhemah dan beretika.

“Saya rasa sangat bertuah menerima anugerah ini dan pada masa kini adalah penting untuk menjaga keselamatan siber dan perlu memahaminya,” katanya.

Penerima anugerah ‘Cyber Ambassador Of The Year’, Inspektor Mohd Faizal Zainal yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, pula menyifatkan kejayaannya itu dicapai hasil penglibatannya dalam program dan ceramah mengenai jenayah siber kepada semua.

Sementara itu, pemenang kedua kategori yang sama, Nasri Nasir yang mewakili Galeri Ilmu Sdn Bhd, berkata pelbagai usaha menerusi aktiviti dan  program yang dianjurkan di sekolah Malaysia berkisarkan mengenai etika penggunaan siber merupakan satu tanggungjawab untuk dilaksanakan.

“Usaha ini penting dan ia memainkan peranan dengan memberi kesedaran kepada semua pelajar berkenaan penggunaan IT dan platform terbaik untuk diguna pakai pada masa sekarang,” katanya.

Jelasnya lagi, misi Cyber Security bahawa bukan sahaja sekadar mendidik masyarakat itu celik tetapi bijak IT.

“Wujud kebimbangan terhadap senario generasi muda yang bijak menggunakan IT tetapi tidak mengetahui etika sebenar penggunaannya.

“Ini merupakan peranan yang besar dan tugas saya untuk mendidik orang ramai menggunakan komputer yang pada mulanya hanya sekadar nasihat tetapi kini telah menjadi tanggungjawab,” katanya lagi.

PERAK TODAY 7

Seorang lagi penerima anugerah ‘Cybersafe Ambassador Of The Year’, Joyce Ong Choon Kim berkata, penglibatan oraganisasi Persatuan Pandu Puteri sejak tahun 2012 hingga 2013 bersama-sama Cyber security Malaysia telah berjaya melatih lebih 300 orang peserta dan ahlinya tentang kepentingan keselamatan siber.

“Saya rasa terharu dengan anugerah yang diterima ini dan akan terus bergiat aktif memberi pendedahan kepada semua,” katanya lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), Normala Baharudin menegaskan, anugerah ‘Cyber Security Outreach Provider Of The Year’ yang diterima itu disifatkannya hasil usaha keras organisasi yang memberi khidmat tentang kesedaran siber kepada masyarakat di luar sana.

“Penglibatan tidak hanya melibatkan ahli sahaja tetapi kepada semua dan kita juga memainkan peranan untuk membentuk generasi muda untuk celik IT dan dunia siber,” katanya.

Sementara itu, antara agensi lain yang menerima anugerah ialah Huawei Technologies, Techonology Park Malaysia (TPM) dan Kaapagam Technologies.

Penganugerahan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti utama yang dianjurkan oleh Cyber Security Malaysia (CSM) sempena Anugerah, Persidangan dan Pameran Keselamatan Siber Malaysia (CSM-ACE) 2014 yang diadakan dari 11 hingga 15 November di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");