Membawang Hari Ini

Tun Nadia juara Projek Radio Hot FM

PETALING JAYA: Tun Nadia Aminuddin sebentar tadi diumumkan sebagai juara Projek Radio anjuran stesen radio Hot FM.

Kemenangan berkenaan melayakkan beliau membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 dan juga kontrak bersama stesen radio berkenaan.

Naib Juara disandang Syarifah Nur Farhana Syed Talib manakala tempat ketiga dimenangi Mohd Falyq Hikyle Mohd Fuad.

Pemilihan Tun Nadia ditentukan berdasar 20 peratus undian di laman sesawang Hot FM, 30 peratus undian juri profesional dan selebihnya daripada pengurusan radio berkenaan.

Juri profesional terbabit ialah Yana Samsudin dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil serta Ketua Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");