Sukan Hari Ini

Tuntutan gaji tinggi ancam Liga Malaysia – Annuar

KUALA LUMPUR: Liga Malaysia dilabel antara liga yang membabitkan kos tertinggi di rantau ini dari segi pembayaran gaji pemain yang disifatkan ‘agak lumayan’ ketika ini.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, Liga-M dipercayai sudah mengalahkan liga lain di Australia, Singapura dan Thailand dalam aspek ini.

Beliau berpendapat tuntutan gaji yang terlalu tinggi oleh pemain boleh menjejaskan pasukan dalam liga tempatan kita dan mahu sesuatu dilakukan.

Dia berpendapat andai berterusan arena bola sepak negara hanya akan dimonopoli pasukan yang memiliki sumber kewangan besar atau pun lumayan.

Annuar berpendapat bola sepak di Malaysia hanya akan di dominasi empat atau pun lima pasukan yang memiliki dana besar sementara pasukan lain akan perlahan-lahan tutup kedai.

Beliau berkata setiap pasukan memerlukan lebih RM12 juta setahun hanya untuk membayar gaji pemain andai permintaan gaji antara RM30,000 sehingga RM50,000 bagi setiap pemain.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");