Perak Hari Ini

UMNO 2014: Akta Hasutan Harus Kekal

KUALA LUMPUR : Keseluruhan pucuk kepimpinan sayap Puteri Malaysia menyokong penuh agar Akta Hasutan supaya dikekalkan dengan penambahbaikan bagi mengukuhkannya.

Menurut Ketua Puteri UMNO Bahagian Taiping, Rosnita Kadil Maidin, tindakan mempertahankan akta berkenaan adalah untuk menjaga hak kepentingan orang awam supaya tidak sewenangnya diganggu gugat oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

“Tindakan mempertahankan akta berkenaan adalah untuk memastikan situasi semasa tidak bertambah buruk lagi keadaannya dengan timbulnya pelbagai sepekulasi yang negatif,” ujarnya lanjut.

Jelasnya lagi tindakan menghapuskan akta tersebut bakal menyebabkan impak yang buruk kepada perkembangan perpaduan di Malaysia.

puteri

Sementara itu, menurut Ketua Puteri UMNO Shah Alam pula, Nurul Husna Yem  berpendapat yang sama supaya ianya tetap dipertahankan.

“Tindakan mempertahankan itu sebagai peringatan kepada pihak tertentu supaya tidak menjadikan akta berkenaan sebagai isu,” katanya.

Jelasnya lagi, akta ini berperanan besar setelah akta ISA dihapuskan dan perjuangan menubuhkan akta berkenaan merupakan usaha pemimpinan terdahulu yang perlu dipertahankan.

Menurut Ahlijawatankuasa Puteri UMNO Bukit Gantang pula, turut menyokong penuh pertahanan akta tersebut dengan lebih penambahbaikan yang perlu.

PERAK TODAY 5

“Akta Hasutan perlu dipertahankan kerana akta ini adalah unik dan tersendiri dan yang khuatir mengenainya adalah individu telah melakukan kesalahan dan bertindak menghasut,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");