Perak Hari Ini

UMNO 2014: Hishamuddin Rais Gesa Henti Tayang Videonya

KUALALUMPUR : Hishamuddin Rais menggesa Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menghentikan Penayangan video klip melibatkan dirinya semasa sesi ucapan dasar perhimpunan UMNO 2014 tempoh hari.

Hishamuddin melalui kenyataan media yang dikeluarkannya memaklumkan telah menjalankan perbincangan bersama peguamnya telah bersependapat untuk menghantar surat peguam kepada Presiden parti tersebut.

Surat peguam tersebut katanya bertujuan untuk memberi amaran kepada presiden UMNO itu agar memberhentikan penyebaran klip video yang bersangkutan dengan dirinya.

Jelasnya Hishamudin lagi, pada ketika ini masih lagi berhadapan dengan perbicaraan atas tuduhan Akta Hasutan 1948.

Tayangan visual yang ditunjukkan di Perhimpunan Agung UMNO Khamis lalu itu menurutnya akan mempengaruhi keputusan perbicaraan yang sedang berlangsung itu.

Surat  tersebut bertarikh 28 November 2014 telah dihantar kepada Presiden parti UMNO untuk perhatian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");