Berita Hari Ini, Perak Hari Ini

UMNO 2014 : Kekal Akta Hasutan Demi Perpaduan

KUALA LUMPUR:Pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Abdul Razak bagi mengekalkan Akta Hasutan 1948 merupakan tindakan yang dilihat cukup baik dan hadiah besar untuk menjaga keharmonian negara pada masa akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bahagian Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, pengekalan akta berkenaan ternyata cukup membantu kepada perpaduan.

“Akta ini bukan sahaja dikekalkan tetapi diberi nilai tambah untuk menjaga sebuah negara yang tercinta terutama sekali bagi Agama Islam dan agama lain menyentuh sensitiviti,” katanya.

Penambahan juga katanya terhadap pihak yang bertindak menghasut Sabah dan Sarawak untuk keluar daripada Malaysia juga perlu diambil tindakan secara drastik.

“Sebagai ahli UMNO yang cintakan perpaduan maka akta ini dikuatkuasakan supaya dapat menjaga perpaduan secara amnya

Katanya lagi bagi memberi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sedia ada sudah pasti penguatkuasaan terhadap akta berkenaan menjadi titik tolak dan berimpak.

“Akta ini menjurus kepada hukuman kepada mana-mana pihak yang cuba memganggu gugat ketenteraman jelas mencerminkan akta ini adalah untuk semua bukanya hanya berpihak pada kaum tertentu,” tegasnya.

Beliau juga turut menolak sekeras-kerasnya bahawa ada yang mengatakan akta ini hanya menjaga kepentingan satu kaum sahaja.

“Apa orang akan kata jika agama mereka diperlekehkan oleh penganut agama lain sudah pastinya mereka akan timbul rasa marah dan sensitif lantas akan timbul pergaduhan,” jelasnya.

Ujarnya lagi peranan akta Hasutan tersebut adalah menjaga kepentingan Agama Islam dan agama lain dan isu sensitif yang timbul berjaya disekat.

“Ianya menjurus kepada kepentingan agama semua pihak jadi tidak ada mana-mana pihak akan berasa kecil hati tidak dilindungi oleh akta ini,” ulasnya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");