Berita Hari Ini, Perak Hari Ini

UMNO 2014 : Kukuhkan Solidariti dan Perpaduan – Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan dasarnya hari ini mengetengahkan mengenai solidariti yang ternyata wujud dan perlu diperkukuhkan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya sebentar tadi disaksikan lebih 2,752 perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 kali ini.

Solidariti yang diterangkannya turut menyentuh usaha kerajaan dalam menyelesaikan isu tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 melalui perbincangan dengan pihak pemberontak bagi mendapatkan kotak hitam pesawat berkenaan.

Turut disentuh insiden pencerobohan pengganas dari Selatan Filipina, Febuari 2013.

Ulasnya lagi, tragedi yang berlaku itu telah mendorong rakyat Malaysia supaya lebih bersatu bagi menghadapinya lantas simbolik kepada ‘solidariti’ yang dinyatakannya.

Sementara itu juga, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi turut mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekal dan diperkukuhkan bagi melindungi ketenteraman negara.

Perdana Menteri berkata, akta berkenaan akan ditambah baik dengan memasukkan dua peruntukkan penting iaitu melindungi kesucian Islam serta agama lain dan tindakan terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Beliau turut memutuskan untuk mempertimbangkan keputusan memberikan Kerusi (jawatan) di peringkat Bahagian mahupun Pusat berdasarkan kelayakkan dan kriteria yang ditetapkan.

“Proses pentarbiyahan bagi generasi muda UMNO penting bagi melahirkan generasi pemimpin muda yang berilmu secara holistik serta berkemahiran,” katanya.

Jelasnya lagi, pembinaan generasi muda berintegriti dan berakhlak perlu dipupuk melalui pendekatan melalui semangat’wasatiyyah’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");