Perak Hari Ini

UMNO 2014 : “Tiada Hak Kritik Agama Lain” – Fathul Bari

Oleh Norsadrina Ismail

KUALA LUMPUR : Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata tindakan menambahbaik Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan dua peruntukkan penting iaitu melindungi kesucian Islam serta agama lain, adalah usaha mempertahankan kesucian agama masing-masing.

Menurutnya, isu-isu yang menyentuh institusi agama bukan sahaja melibatkan agama Islam tetapi juga agama lain.

“Seperti mana kita bersuara apabila orang mengkritik dan menghina agama kita pihak lain juga mempunyai hak untuk bertindak sedemikian,” katanya.

Beliau berkata, apabila masyarakat Islam bangun mempertahankan agama Islam ianya disalahtafsirkan pula sebagai perkauman.

“Apabila pihak lain tampil mengkritik Islam, mereka anggap itu sebagai sebahagian daripada hak kebebasan bersuara,” katanya.

Bagaimanapun katanya, situasi itu tidak menegakkan keadilan kepada maruah dan institusi Agama Islam.

Akta hasutan ditekankan untuk menjaga kesucian agama dan mana-mana agama dalam Malaysia.

“Apa sahaja yang menyentuh sensitiviti beragama dalam negara ini tidak patut berlaku lagi,” katanya.

Jelasnya, Islam telah memberi garis panduan yang jelas menegah perbuatan menghina agama lain.

Tindakan menghina agama lain akan mengakibatkan pandangan negatif terhadap agama yang dianuti oleh pihak tersebut.

“Agama Islam telah memberi gambaran jelas bahawa menghina agama lain adalah dilarang dan agama lain juga tidak hak untuk menghina Agama Islam,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");