Perak Hari Ini

UMNO 2014 : Sokongan Luar Bandar, Nadi UMNO

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Mohd Radzi Manan yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Perak membawa isu ekonomi masyarakat luar bandar dan membela nasib Melayu Bumiputera kepada perhatian semua perwakilan parti.

Beliau dengan nada yang tegas menerangan kebenaran bahawa salah satu kejayaan UMNO bertahan hingga kini adalah disebabkan oleh sokongan padu daripada masyarakat diluar bandar.

“Mereka memikul bebanan sara hidup yang semakin berat, kasarnya berpendapatan RM1,000 masih tidak meningkat tetapi perbelanjaan bulanan pula meningkat sehingga RM1,200… bayangkanlah,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar penubuhan Institut Teknologi Pertanian yang boleh memberi latihan dan pendedahan kepada golongan muda amnya.

Katanya lagi sehingga kini kerajaan kelihatanya menunjukkan sifat liberal apabila hanya 10 peratus perusahaan halal hub di Malaysia ini dipunyai oleh orang Islam dan dibawah kawalan Kementerian Perdagangan Antarabangsa.

“Perak juga menggesa agar kerajaan menumpukan kepada halal Hub, Tabung Amanah Desa Nasional dan Institut Teknologi Pertanian,” katanya lagi.

Beliau turut mencadangkan agar ditubuhkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan yang berupaya membangun golongan muda dengan penerapan input politik UMNO.

“Kepada pejuang UMNO bangunlah.. kaum muda UMNO seolah-olah tidak bermaya, tukarkan imej pemuda dan puteri,” tegasnya lagi.

Mengulas pula mengenai peremajaan parti tegasnya lagi pekara tersebut perlulah dilaksanakan segera bermula dari akar umbi.

“Perak mendesak agar mulai hari ini, segala dasar dan keputusan besar kerajaan mestilah melalui satu musyawarrah parti sama ada Majlis Tertinggi atau Perhubungan UMNO bagi membentuk struktur yang jelas,” katanya.

Peremajaan parti juga katanya perlu diberi nafas baharu dan bermula dari ibu pejabat dan menukar corak gerakan daripada akar umbi.

“Kita perlu melihat isyarat sebenar kerana inilah anjakan paradikma yang perlu diamalkan,” ujarnya lanjut.

Beliau berkata demikian dihadapan 2,752 perwakilan di Persidangan Perhimpunan UMNO 2014 yang sudah masuk hari ke empat hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");