Perak Hari Ini

UMNO 2014:Peranan Wanita Perlu Dihargai

KUALA LUMPUR:Sayap Wanita Perak menyokong penuh hujah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menegaskan peranan wanita sebagai tulang belakang kepada perjuangan parti ini perlu dihargai semua.

Menurut Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tapah, Anis Salmi Mansor persamaan tulang belakang tersebut ternyata membuktikan bahawa berkata sayap wanita berperanan cukup penting kepada perkembangan parti.

“Wanita diiktirafkan daripada segala segi dan kini wanita akan memperjuangkan satu kerusi naib presiden dan  untuk bahagian juga satu kerusi bagi wanita,” katanya.

Katanya lagi perjuangan golongan wanita adalah penting daripada pelbagai sudut kepimpinan yang tidak boleh dinafikan selama ini.

Sementara itu katanya lagi laluan dan ruang perlu diberikan kepada golongan muda namun dalam pada masa yang tidak sama sekali menidakkan jasa sayap wanita telah dicurahkan selama ini.

“Kita sentiasa memberi ruang dan peluang kepada golongan muda namun jangan sekali menidakkan kepentingan dan jasa golongan wanita,” katanya.

Sementara itu mengenai akta hasutan pula, jelasnya sayap Wanita UMNO Perak dengan sepenuhnya memberi sokongan supaya ianya tetap dikekalkan.

“Akta ini perlu dikekalkan untuk memastikan perpaduan dan memerlukan penambahbaikan yang lebih baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");