Perak Hari Ini

UPSR : 2,847 Dapat 5A & 7A Di Perak

IPOH: Perak mencatatkan seramai 2,847 calon prestasi cemerlang bersamaan 7.60 peratus yang memperolehi semua A daripada 37,479 calon yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Pengarah Pendidikan Perak, Mohd. Idris Ramli berkata, jumlah pelajar yang memperolehi 5A atau 7A dalam subjek menurun seramai 402 orang berbanding tahun lalu, 3,249 iaitu penurunan sebanyak 0.89 peratus daripada 8.49 peratus.

“Secara keseluruhan, seramai 24,434 atau 65.19 peratus calon mencapai tahap penguasaan minimum dan gred purata ialah 2.31 peratus,” katanya

Menurutnta, antara sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ave Maria Convent Ipoh, Sekolah Kebangsaan (SK) Marian Convent Ipoh manakala sekolah kategori luar bandar pula ialah SK Kg Jambu di Taiping.

Sementara itu, Mohd Idris berkata, kes kebocoran soalan UPSR yang berlaku pada tahun ini merupakan salah satu penyebab kepada penurunan peratusan pelajar yang mendapat keputusan semua A di negara ini.

“Secara peribadinya, saya melihat emosi pelajar terganggu dengan berlakunya kebocoran soalan kerana mereka perlu berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan yang baru dimana ia dikatakan agak mencabar berbanding sebelum ini.

“Terdapat juga pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan semula dijalankan contohnya di sekolah Orang Asli dan ini akan mendatangkan kesan kepada keputusan yang dicapai.

“Selain itu, tempoh masa untuk pelajar melakukan persediaan untuk menjawab agak singkat sedangkan emosi mereka sudah menurun,” katanya.

Terdahulu, Exco Pelajaran Negeri Perak, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria telah menyampaikan anugerah kepada 37 pelajar dari SK Marian Convent Ipoh yang berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR tersebut.

Seramai 37,822 calon daripada sekolah kerajaan telah menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini berbanding 38,595 pada tahun sebelum itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");