Perak Hari Ini

UPSR: Murid Anak Orang Asli dan Orang Kelainan Upaya (OKU) Antara Yang Mendapat Keputusan Cemerlang

IPOH: Keputusan cemerlang murid Orang Asli dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sememangnya tidak dapat dinafikan.

Biarpun masing-masing mempunyai pengalaman berbeza untuk mengecapi kejayaan dalam peperiksaan berkenaan, namun keduanya membuktikan mereka mampu berjaya.

Kamirlawati Karim, murid Orang Asli berjaya memperolehi keputusan 5A berkat keazamannya untuk mencapai kejayaan.

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan berkata, abang serta kakaknya yang menjadi peneman ketika dia mengulangkaji pelajaran.

“Selalunya abang dan kakak yang menemani saya ketika mengulangkaji pelajaran pada waktu malam.

“Saya akan mengambil masa beberapa jam untuk membaca buku dan menyemak semula pelajaran yang telah diajar oleh cikgu,” katanya.

Anak bongsu daripada empat orang adik-beradik itu turut meluahkan rasa kecewanya dengan kebocoran kertas soalan UPSR yang berlaku sebelum itu.

“Memang rasa tertekan, tapi saya mengulangkaji pelajaran bersungguh-sungguh dan tidak pernah putus asa menyebabkan saya mampu memperolehi keputusan 5A ini,” ujarnya lagi.

upsr2

Sementara itu, Izzatul Husna Mohd Jaffri yang menghadapi masalah pendengaran mendapat memperoleh 1A, 3B,dan 1C turut diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Marian Convent dekat Ipoh hari ini.

Izzatul Husna yang merupakan satu-satunya calon berkeperluan khas (CBK) berjaya mencapai gred menguasai bagi Sekolah Pendidikan Khas di Ipoh dan ia sekaligus memadam rekod selama 12 tahun di sekolah tersebut dimana tiada seorang murid pun berjaya mendapat keputusan sedemikian.

Murid yang hanya berkomunikasi melalui bahasa isyarat itu dibantu guru kelasnya, Ahaniza Jaafar memberitahu, dorongan daripada keluarga yang menjadi penyebab utama untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Anak ketiga daripada lima adik-beradik itu juga berkongsi amalannya yang patut dengan perintah Allah serta menghormati kedua ibu bapa antara resipinya memperolehi keputusan yang terbaik.

“Saya rasa gembira dengan pencapaian ini meskipun saya tidak memperolehi 5A,” katanya yang bercita-cita ingin menjadi seorang guru.

Dia turut melahirkan rasa gembira kerana terpilih sebagai salah seorang pelajar yang menerima anugerah dan menjadikan kakaknya yang turut mengalami masalah sama sepertinya sebagai pendorong untuk berjaya.

Ibunya, Marhamah Embun berkata, anaknya itu seorang yang rajin dan sangat mendengar kata.

“Dia banyak buat latihan, rujukan bacaan untuk memahirkan bahasa komunikasinya yang menggunakan bahasa isyarat.

“Apabila dia perlu menjawab semula beberapa kertas soalan akibat kebocoran yang berlaku tempoh hari, dia dah nampak kecewa… tetapi cikgu disekolah memberikan galakan dan semangat untuk dia terus berusaha,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");