Isu Panas

Usul Lebih Inklusif Elak Keresahan Kaum

KUALA LUMPUR – Penyediaan usul bagi sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2014 dibuat secara lebih inklusif bagi memastikan suara sebenar akar umbi didengari, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, penelitian dilakukan jawatankuasa usul melalui rundingan meja bulat dan konvensyen di negeri- negeri bagi memastikan tiada perkara yang boleh menimbulkan keresahan kaum dan agama.

Bagaimanapun, beliau, yang juga pengerusi usul berkata, sejajar dengan perlembagaan parti yang baharu yang bersifat terbuka pihaknya tetap mengambil kira pandangan dan teguran yang akan dibuat daripada akar umbi.

“Saya mengalu-alukan usaha kita sempena Perhimpunan Agung Umno tahun ini untuk mengupaya dan memperkasakan suara-suara kita di peringkat akar umbi melalui usul-usul yang digubal dan usul-usul yang telah kita terima daripada bahagian-bahagian.

“Cuma kita mengharapkan dalam perbahasan nanti apa juga yang diketengahkan tidak berbaur emosi, perkauman dan keagamaan yang akhirnya boleh menimbulkan keresahan rakyat jelata,” katanya pada sidang media semalam.

Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dijadual bermula dari 25 November hingga 29 November ini.

Pada 11 November lepas, media melaporkan Ibu Pejabat Umno telah menerima sejumlah 755 usul daripada 191 bahagian Umno dan daripada jumlah itu, 638 usul adalah untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas.

Hishammuddin berkata, sikap inklusif yang diamalkan sekarang adalah petanda baik dalam transformasi yang dibawa oleh Umno.

“Jadi saya mengalu-alukan usaha kita sempena perhimpunan agung Umno tahun ini untuk mengupaya dan memperkasakan suara-suara kita di peringkat akar umbi melalui usul-usul yang digubal dan usul-usul yang telah kita terima daripada bahagian-bahagian (Umno),” katanya.

Beliau berkata sebagai pengerusi jawatankuasa usul perhimpunan, tugasnya adalah untuk mengumpulkan pandangan anggota akar umbi, menggembleng semua pihak berkepentingan dan menggubal usul yang akan dibahaskan pada perhimpunan agung.

Hishammuddin memberi jaminan perhimpunan agung tahun ini akan lebih demokratik dan terbuka menerima sebarang teguran.

“Cuma kita mengharapkan dalam perbahasan nanti apa jua yang diketengahkan tidak berbaur emosi, perkauman dan keagamaan yang akhirnya boleh menimbulkan keresahan rakyat jelata,” katanya.

-SinarHarian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");