Jenayah

Warga emas maut pandu lawan arus

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki warga emas memandu melawan arus di kilometer 25.2, Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) mengundang maut apabila mangsa bertembung dengan sebuah Toyota Vellfire

Dalam kejadian jam 6.10 petang, kelmarin, mangsa berusia 79 tahun memandu Proton Iswara dikatakan memandu dari arah Plaza Tol Duta menuju ke Sungai Buloh sebelum memasuki lorong bertentangan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, mangsa maut di lokasi kejadian selepas bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa menuruni bukit dan bertembung dengan Toyota Vellfire dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun di lorong kanan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, pemandu Toyota Vellfire itu bagaimanapun tidak cedera dan mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Markandan berkata, pihaknya meminta hospital menjalankan ujian darah ke atas mangsa dan waris mangsa juga sudah dimaklumkan berhubung kemalangan itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");