Jenayah

13 kali malang

Kuala Pilah: “Saya memaut stereng dan cuba mengelak ke kiri jalan, namun gagal apabila kereta dirempuh dengan kuat,” kata Lee Ziong Keat, 25, seorang daripada 13 mangsa kemalangan membabitkan 13 kenderaan pagi semalam.

Kemalangan berlaku jam 11 pagi di Kilometer 23, Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Kampung Sawah Liat, dekat sini, membabitkan lapan kereta, dua lori tangki dan masing-masing sebuah treler, bas dan lori satu tan.

Menceritakan detik cemas itu, Lee berkata, dia berhenti di barisan paling belakang, namun sempat melihat lori tangki minyak sawit berkenaan meluncur laju dan sudah menjangkakan berlaku perlanggaran.

Dia yang memandu sendirian berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada lori tangki berkenaan yang mengalami masalah pada brek dan dapat melihat dengan jelas kejadian yang berlaku kerana lokasi kejadian laluan selekoh dan kereta Myvi dipandunya berada paling belakang dalam barisan 12 kenderaan itu.

“Semua kenderaan dari arah Kuala Pilah ke Seremban dipandu perlahan kerana di hadapan terdapat pembinaan jalan. Saya sempat melihat melalui cermin sisi lori tangki itu dipandu laju lalu melanggar kereta saya.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");