Perak Hari Ini

182 Premis Peruncitan di Perak Sertai Kempen Jualan Kembali Ke Sekolah

IPOH: Sebanyak 182 pasar raya dan premis perniagaan telah menandatangani perjanjian persefahaman bagi kempen Jualan Kembali Ke Sekolah.

Kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi  peluang kepada ibu bapa untuk membuat persediaan awal bagi sesi persekolahan anak-anak mereka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil Negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, ia merupakan strategi kerajaan dalam mengambil langkah untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.

“Kempen Jualan Kembali ke Sekolah ini menunjukkan komitmen kerajaan dengan kerjasama industri dalam usaha untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

“Usaha ini dilihat amat memberi manfaat kepada rakyat sama ada yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar,” katanya.

Jelasnya, kerajaan memandang serius terhadap keperluan rakyat dan sentiasa memberikan sokongan yang penuh kepada usaha untuk memberikan kemudahan kepada mereka.

PERAKTODAY5

“Kerajaan sentiasa memberikan galakan kepada pihak industri untuk bersama-sama kerajaan membantu rakyat khususnya di Negeri Perak.

“Saya berharap lebih banyak syarikat peruncitan yang lain tampil untuk menyertai kempen ini dan secara tidak langsung, ia dapat membantu kerajaan dalam mengukuhkan ekonomi domestik negara,” tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen tersebut di Angsana Ipoh Mall dekat Ipoh, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah KPDNKK Negeri, Mohd Khalis Kasim, Pengerusi bersama Gerakan Pengguna Negeri Perak, Datuk Rafiai Mokhtar dan Penolong Timbalan Presiden Angsana Ipoh  Mall Sdn Bhd, Uda Sdn Bhd, Amir Ishak.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan terhadap premis yang tidak mematuhi harga yang telah dipersetujui dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani  itu.

“Kita akan mengadakan ‘Ops Bongkar’ dimana kita akan membuat pantauan di premis-premis perniagaan yang terlibat.

“Sekiranya mereka tidak mematuhi arahan seperti tidak mempamerkan harga asal dan harga selepas diskaun, mereka akan dikenakan tindakan.

“Mereka boleh didakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, dimana mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan, ” jelas Samsudin lagi.

Beliau turut menasihati pengguna supaya meminta dan menyimpan resit pembelian barangan agar boleh dijadikan panduan serta rujukan dalam sebarang aduan yang dibuat kepada pihak KPDNKK.

Terdahulu, 182 premis yang terlibat dalam Kempen Jualan Kembali Ke Sekolah antaranya di Ipoh sebanyak 51 buah premis, Taiping (36), Manjung (21), Teluk Intan (15) dan Tapah (10).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");