Perak Hari Ini

2 Orang Asli Lemas Di Lombong Tronoh Mines

IPOH : Hasrat dua lelaki Orang Asli untuk menjala ikan di sebuah lombong dekat Tronoh Mines di Kampung Timah dekat Batu Gajah tidak kesampaian apabila mereka dipercayai lemas.

Menurut sumber daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.40 malam semalam.

Kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan dalam 20 tahun dipercayai lemas ketika sedang menjalankan aktiviti menjala ikan di lokasi kejadian.

Usaha mencari dengan menyelam telah dilakukan bermula pada jam 10.23 pagi tadi oleh sepasukan polis dan juga Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Operasi pencarian yang meliputi kawasan lombong dianggarkan sedalam 19 kaki itu telah diketuai oleh PPgB Halid Md Zin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");