Perak Hari Ini

205 Rumah dan 86 Keluarga Mangsa Ribut Di Klebang Terima Bantuan

IPOH : Mangsa daripada 205 buah rumah yang terjejas teruk akibat angin ribut dan puting beliung di Taman Klebang Prima, Tawas, Khamis lalu merasa lega kerana diberi bantuan kewangan bagi meringankan bebanan mereka.

Sementara itu, 86 keluarga lagi mangsa ribut di Klebang Jaya turut dibantu.

ziad2

Bantuan telah disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Bahagian Tambun, Datuk Husni Hanadzlah, Datuk Suhaimi Din.

Hadir sama turut menyampaikan sumbangan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohammad Ziad Mohamed Zainal Abidin yang turut turun padang ke tempat kejadian bagi bertemu mangsa dan mengambil maklumat semasa kejadian tersebut berlaku.

Menurut Ziad, sumbangan daripada Ahli parlimen dan Adun ini katanya dapat menampung perbelanjaan membaikpulih rumah yang rosak teruk itu.

ziad1

“Ahli Parlimen dan Adun Manjoi sama-sama menyalurkan bantuan untuk meringankan bebanan mangsa ribut kali ini,” jelasnya.

Tambahnya lagi, meskipun terdapat rugutan berkenaan bantuan yang dikatakan sedikit lewat itu, katanya semua pihak terlibat sudah berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan penyaluran bantuan.

“Seperti situasi pesakit yang sentiasa inginkan sihat secepatnya, namun proses penyembuhan itu mengambil masa dan kesemua itu datangnya daripada yang -Esa,” katanya

Tambahnya lagi, langkah awal dengan menyediakan bilik gerakan jelas membuktikan keperhatinan pihak berkenaan mengenai masalah yang dihadapi penduduk.

“Kali ini telah terbukti komitmen Ahli Parlimen dan Adun dapat meringankan bebanan rakyat,” jelasnya lagi.

Bantuan disalurkan kali ini mengikut kategori A,B dan C berdasarkan kerosakkan yang dialami mangsa dan tiada kecederaan nyawa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Sumbangan itu katanya juga tidak mengira cabang politik dan hanya memikirkan kepentingan rakyat kerana ini merupakan pertama kali kejadian bencana berlaku di Klebang dengan melibatkan jumlah mangsa yang ramai.

ribut klebang

ribut klebang1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");