Perak Hari Ini

Bengkel Latihan Kapasiti Latih 20 Perserta ‘Mamacare’

IPOH :Seramai 20 orang pelatih yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, warga emas dan wanita yang berpendapatan rendah serta tersenarai dalam sistem e-kasih telah menyertai Bengkel Latihan Kapasiti Program Penjagaan Ibu Selepas Bersalin ‘MamaCare’ .

Menurut Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Rusnah Kassim, program tersebut bertujuan untuk memperkasakan wanita dalam ekonomi seterusnya mencapai hasrat kerajaan.

“Program ini merupakan usaha pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“Ia bertujuan untuk melatih golongan ibu tunggal dan warga emas dalam kalangan berpendapatan rendah (LIH) bagi mempertingkatkan taraf hidup isi rumah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis tersebut di Hotel Heritage, di sini, hari ini.

Kerajaan Negeri, kata beliau lagi, telah mempertanggungjawabkan kepadanya untuk menjaga kepentingan golongan tersebut di bawah portfolio yang dipegangnya.

“Ini merupakan cara dimana Kerajaan memberi kemudahan dan kemahiran supaya mereka dapat berdikari disamping dapat membantu keluarga bagi menambahkan pendapatan.

“Bagi golongan wanita ini, saya memang menggalakkan dan menumpukan kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk kita sama-sama melihat mereka mampu hidup berjaya,” ujar beliau lagi.

Jelasnya, beliau ingin melihat golongan wanita di negeri itu mampu berdiri di kaki sendiri sekiranya mereka di timpa musibah

“Walaubagaimanapun saya ingin melihat wanita di Perak ini, secara individunya mendapat pendapatan lebih daripada apa yang diumumkan oleh Kerajaan sebelum ini dimana pendapatan isirumah sebanyak RM5,500.

“Kita sebagai wanita, walau macam mana pun kita bergantung kepada suami, saya ingin melihat bahawa mereka boleh berdikari sendiri.

“Ia bermaksud mempunyai pendapatan yang sendiri bagi menghadapi kemungkinan yang akan berlaku seperti kematian suami ataupun cerai,” tambahnya.

Beliau berharap melalui usaha yang dibuat oleh kerajaan ini mampu untuk membantu golonga wanita itu.

Dalam pada itu, beliau akan berbincang dengan pihak yang berkenaan untuk membantu wanita yang mempunyai kemahiran bagi memulakan perniagaan mereka sendiri nanti.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");