Perak Hari Ini

235 Graduan Terima Diploma Dalam Konvensyen KUISAS Kali ke-7

KUALA KANGSAR : Seramai 235 graduan telah menerima diploma dalam Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Kuala Kangsar kali Ke-7 yang berlangsung pada hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah merangkap Canselor KUISAS berkenan menyempurnakan majlis penganugerahan tersebut yang diadakan di Dewan Serbaguna KUISAS.

Dalam Majlis tersebut, Anugerah Diraja (Terbaik Keseluruhan) dinobatkan kepada Nur Hidayah Yusoff iaitu graduan yang memperolehi Anugerah Dekan sepanjang pengajiannya di Kolej itu.

Seterusnya, Rodhiyah Shahimi pula telah menerima Anugerah Terbaik Menteri Besar Perak, manakala Anugerah Rektor KUISAS telah diberikan kepada Nurul Husna Aina Junus.

Menurut Hidayah, kejayaan yang diperolehi hari ini merupakan atas dorongan dan sokongan daripada ibu dan bapanya.

“Alhamdulillah… terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sepanjang saya belajar disini sehingga saya memperolehi anugerah pada hari ini.

“Ibu bapa menjadi pendorong terbesar kepada kejayaan saya dimana, saya menjadi bersemangat untuk belajar apabila saya sering mengingati kepada mereka,” katanya.

Bapanya, Yusoff Hassan, 58, merupakan Guru Besar di sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar manakala ibunya, Maimun Abd Manaf, 56, bekerja sebagai Penolong Pengurus Pejabat Pos di Kuala Kangsar.

Hidayah anak kedua daripada dua adik-beradik dan bercita-cita menjadi pensyarah, menerima cek bernilai RM7,000.00, medal dan sijil.

“Selepas ini saya akan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk mencapai cita-cita saya sebagai seorang pensyarah.

“Buat masa ini, saya masih menunggu panggilan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

“Wang hadiah tersebut akan saya gunakan untuk kemudahan bagi saya menyambung pelajaran nanti,” katanya lagi.

Beberapa anugerah lain turut di anugerahkan kepada graduan KUISAS antaranya Anugerah Terbaik Fakulti Pengajian Islam diberikan kepada Raja Mohammad Affan Hakim Raja Ideras Badiuzzaman, Anugerah Terbaik Fakulti Pengurusan & Teknologi Maklumat (Nur Fatimah Abd Manaf) dan Anugerah Terbaik Pengajian Islam (Fatin Najiha Mohd. Said).

Kesemua penerima anugerah cemerlang menerima wang tunai, medal dan sijil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");