IPOH : Seramai 27 orang Ketua Kampung seluruh Perak amat bertuah keran terpilih menyertai rombongan menunaikan umrah yang ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri buat julung kalinya.
Menurut Pengerusi, Penerangan,Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan, Datuk Shaarani Mohamed, tajaan Umrah pertama kali ini dianjurkan berikutan prosedur pengurangan kuota ibadah haji oleh kerajaan Arab Saudi.
“Sejak akhir-akhir pihak Arab Saudi megurangkan kuota untuk bakal haji Malaysia ke Mekah jadi sedikit sebanyak memberi kesan kepada calon haji dari Negeri Perak,” katanya.
Tambahnya lagi, setakat tahun lepas seramai 20 orang telah dipilih bagi menunaikan haji.
“Kelayakan pemberian pakej haji ini adalah bagi ketua kampung yang telah berkhidmat selama 3 penggal secara berturut-turut iaitu enam tahun,” jelasnya.
Ujarnya lagi, bagi ketua kampung yang telah menunaikan haji sebelum ini, Kerajaan Negeri memberikan pakej umrah khusus buat mereka.
“Bagi tahun ini melalui pakej haji Kerajaan Negeri telah memberikan peluang kepada 31 orang yang terpilih manakala bakinya 27 orang menunaikan ibadah umrah berikutan mereka telah melaksanakan ibadah haji,” katanya.
Tambahnya lagi sumbangan ini adalah sebagai penghargaan di atas sumbangan atas jasa dan perkhidmatan ketua-ketua kampung kepada Kerajaan Negeri.
“Kos pembiayaan kali ini sebanyak RM6,390 melalui pakej Andalusia Travel dan Tours yang ternyata sangat terkenal dengan perkhidmatannya…rombongan kali ini cukup bertuah,” katanya.
Sementara itu, seorang penerima sumbangan kali ini, Ketua kampung Parit Tok Kip, Kuala Kurau, Samsudin Mat Husain berkata ini merupakan kunjunganya ke tanah suci sejak 10 tahun yang lalu menunaikan haji.
“Saya sangat berbangga kerana terpilih untuk menyertai umrah kali ini dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri,” jelasnya lagi.