Jenayah

306 tangkapan dibuat selepas pindaan Akta Pencegahan Jenayah

KUALA LUMPUR : Sebanyak 306 tangkapan sudah dilakukan sehingga pagi ini sejak pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dilakukan tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan itu juga membolehkan tindakan lebih bersepadu dibuat dalam membanteras jenayah.

“POCA ini juga sudah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, penahanan yang dilakukan ke atas mereka (penjenayah) di ikuti dengan tindakan panel dan lembaga POCA yang terdiri seorang hakim serta empat ahli lembaga.

“Daripada jumlah itu, pendakwaan telah dibuat daripada penahanan yang dilakukan, 10 peratus dilepaskan kerana undang-undang ini mengizinkan pencabaran dilakukan terhadap penahanan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden 2014 di Maktab PDRM, Cheras, hari ini.

Menyentuh Akta Anti-Keganasan, Ahmad Zahid berkata pihaknya kini sedang dalam peringkat mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak, bukan saja pengamal perundangan, malah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Katanya, Bahagian Undang-Undang kementeriannya juga kini sedang menyiapkan draf akhir, sebelum perbincangan teliti dibuat bersama Jabatan Peguam Negara.

“Selesai semua proses terbabit, barulah akta berkenaan boleh dibentang ke Dewan Rakyat yang saya jangkakan antara akhir Februari atau Mac depan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid mahu warga kerja PDRM berusaha menangkis persepsi rasuah daripada masyarakat yang kini membelenggu agensi itu.

“Kita kena tingkatkan tahap intergriti kita, hal persepsi ini boleh berubah.. kita boleh kurangkan kadar jenayah 30 peratus, kenapa tidak untuk kita tingkatkan 30 peratus persepsi dan keyakinan rakyat kepada kita,” katanya.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");