Perak Hari Ini

500 Penyokong Bola Hadir Tonton ‘Big Screen’

IPOH : Hampir 500 penyokong bola sepak Malaysia di Perak telah hadir ke majlis Santai ‘Big Screen’ Piala AFF 2014 bagi menyaksikan perlawanan final suku pertama Malaysia menentang Thailand merebut Piala AFF Suzuki 2014.
Majlis yang dianjurkan oleh PAFA Fan Club itu berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Perak dekat Ipoh dan ia turut disertai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak, Datuk Azhar Ahmad.

Penyokong yang hadir seawal jam 7.30 malam menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjuang di Stadium Nasional Rajamangala, Thailand pada malam tadi.
Meskipun pasukan Gajah Perang itu berjaya mengalahkan Malaysia dengan jaringan gol sebanyak 2-0, namun ia tidak mematahkan semangat para penyokong pasukan Harimau Malaya yang berada di negeri Rata-rata menunjukkan rasa kecewa, namun mereka masih menantikan keajaiban  akan berlaku dalam final kedua yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil Sabtu nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");