Laporan Eksklusif, Panasnya Hari Ini

Al-Quran Rujukan Utama Pengurusan Islam Berkualiti – Tun M

PUTRAJAYA: Al-Quran harus menjadi rujukan utama untuk menguruskan hal berkaitan Islam secara berkualiti, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kegagalan segelintir umat Islam pada masa kini menjalani cara hidup Islam dengan berkualiti adalah kerana tidak berpegang sepenuhnya kepada ajaran kitab suci itu.

Berucap merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam 2014 anjuran Universiti Utara Malaysia di sini Isnin, Dr Mahathir berkata, keadaan itu menyebabkan mereka terjebak melakukan perbuatan menyalahi agama termasuk salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya.

Bagi mendalami ajaran al-Quran, beliau berkata umat Islam disaran membaca dan memahami al-Quran dalam bahasa yang difahami sama ada tafsiran dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, seperti yang dilakukan beliau sendiri.

“Ini membolehkan kita mendapat banyak maklumat kerana memahami bahasa itu, sekali gus dapat menjalani kehidupan berkualiti untuk berjaya di dunia dan akhirat,” katanya.

Dr Mahathir turut menyentuh sikap segelintir umat Islam yang lebih gemar mengikut ajaran ulama atau pemimpin-pemimpin tertentu berbanding merujuk al-Quran.

“Kita lagi suka mendengar apa yang disarankan ulama terkenal sehinggakan ada yang bertentangan dengan agama pun kita sanggup terima,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");