Berita Hari Ini

Angin kencang, laut bergelora di perairan Sabah hingga Khamis

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran bahawa angin kencang timur laut dan laut bergelora dijangka berterusan di kawasan perairan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga Khamis ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan sama diramal berlaku di kawasan perairan Palawan, Sulu dan Sulawesi dalam tempoh yang sama. Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");