Sukan Hari Ini

Angkara wasit

Palembang: Bayangkan keadaan ini. Pesilat Malaysia menjatuhkan lawan enam kali berbanding satu yang berjaya dilakukan pesaing tetapi akhirnya, atlet negara masih lagi dikira kalah.

Bunyinya kedengaran agak aneh, tetapi selaku tuan rumah, Indonesia sedia berbuat apa saja bagi memastikan kemenangan memihak atlet mereka.

Itulah yang berlaku di Graha Serbaguna Jakabaring, semalam dan pengurus skuad silat negara di temasya Sukan Universiti Asean (AUG) Palembang, Azli Puddin kehilangan kata-kata untuk memujuk anak buahnya selepas atlet berkenaan gagal menang walaupun berjaya menghempas pesilat Indonesia ke lantai enam kali dalam satu pusingan.

“Memang ini sukan subjektif tetapi ‘permainan’ penganjur kali ini agak melampau. Wasit juga memihak kepada mereka.

“Bagaimanapun, inilah hakikat yang terpaksa kita telan apabila beraksi di tempat lawan dan saya juga tidak mahu memanjangkan perkara ini.

“Kami tetap akan melakukan yang terbaik dalam setiap kategori disertai di AUG kali ini,” katanya.

Hari ini, empat pesilat negara akan bertanding di final dan Azli mensasarkan dua emas daripada keempat-empat kategori terbabit.

Kelibat Mohd Fahmi Romli (E Putera), Mohd Fauzi Khalid (F Putera), Mohd Khaizul Yaacob (G Putera) dan Christina Edris (H Puteri) bakal diharapkan untuk memenangi emas.

Skuad pencak silat mensasarkan tiga emas, tetapi Azli berkata, hanya dua yang mampu diraih anak buahnya selepas salah satu kategori seni hanya menghasilkan perak, kelmarin.

“Saya meletakkan sasaran emas di bahu Fahmi dan Fauzi yang masing-masing berdepan pesilat Vietnam serta Indonesia.
“Harap-harap kedua-duanya boleh menang,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");