Sukan Hari Ini

Arsenal sedia bida Carvalho

ARSENAL bersedia untuk kembali membida pemain tengah Sporting Lisbon, William Carvalho sebanyak RM108 juta selepas gagal dalam cubaan pertama.

Kedua-dua kelab sebelum ini telah melakukan perbincangan mengenai pembelian Carvalho, namun ia dibatalkan apabila kelab Portugal tersebut meminta bayaran setinggi RM163 juta.

Bagaimanapun untuk memastikan Arsenal tidak terkeluar pada saingan kalah mati Liga Juara-juara Eropah, Arsene Wenger perlu mendapatkan Carvalho bagi menyelesaikan masalah pertahanan.

“Kali ini, Arsenal akan cuba mendapatkan Carvalho dan perbincangan akan diadakan secepat yang mungkin,” katanya.

Sporting Lisbon dijangka sedia melepaskan Carvalho kerana pasukan itu telah terkeluar daripada Liga Juara-Juara Eropah ketika saingan peringkat kumpulan.

Carvalho sebelum ini turut diintai Manchester United ketika kelab itu belum mendapatkan tandatangan Daley Blind.-sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");