Membawang Hari Ini

Atilia mahu anak cepat

KUALA LUMPUR: Penyanyi Atilia tidak menyembunyikan keinginannya untuk menimang cahaya mata dengan kadar segera. Tambahan pula apabila melihat teman akrabnya yang digelar Celepets sudah bergelar ibu, keinginan itu tidak dapat dibendung lagi.

Rakan Celepets seperti Sazzy Falak, Aishah Sinclair, Dynas Mokhtar, Daphne Iking dan Yasmin Hani sebelum ini sering membuat Atilia seperti ketinggalan dan kebingungan setiap kali topik berkaitan anak diperkatakan.

“Dulu mereka asyik bercakap mengenai menyusukan anaklah, itulah, inilah, ..rata-rata berkait soal anak. Saya memang bingung. Tapi mungkin selepas ini, andai diizinkan mengandung cepat, saya takkan bingung lagi.

“Saya memang kalau boleh dan diizinkan Tuhan, hendak anak cepat. Saya sudah membeli alat penguji kehamilan, .. senang beli banyak,” katanya ditemui pada majlis persandingan diadakan genap tiga bulan hari pernikahan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Ahad lalu.

Atilia yang kini sibuk dengan proses rakaman album ketiga dan sibuk mengajar yoga, tidak melihat andai ditakdirkan keinginannya untuk mengandung menjadi kenyataan sebagai satu masalah besar. Atilia kini sudah bergelar isteri kepada Adam Sofian Mazlan.

“Masa kita boleh uruskan. Insya-Allah. Saya mungkin boleh tangguhkan kerja pembikinan album ketiga atau meminta rakan menggantikan saya untuk mengajar yoga. Semua itu bisa diatur.

“Masa berbulan madu di Amsterdam dan London dua minggu lalu pun saya sempat merakamkan single terbaru No Fruits For Today untuk dimuatkan dalam album ketiga. Sambil menyelam kita minum air,” katanya yang belum terfikir untuk berbulan madu lagi selepas ke Amsterdam dan London.

Atilia ternyata mengejutkan ramai pihak selepas bernikah dengan Adam di Saujana Golf & Country Club, pada 31 Ogos lalu. Majlis tertutup itu dihadiri anggota keluarga dan teman rapat. Ia perkahwinan kedua Atilia selepas tujuh tahun hidup solo.

Pada majlis resepsi pasangan itu kira-kira 800 tetamu hadir termasuk teman artis Yasmin Hani, Ning Baizura, Dynas Mokhtar dan Alyah. Ning dan Alyah turut menyumbangkan suara mereka untuk pasangan mempelai.

Atilia kini selain mengajar yoga secara berbayar turut aktif mengajar yoga secara percuma setiap Sabtu jam 7 pagi di Taman KLCC. Malah beliau turut terfikir untuk melakukan perkara yang sama di Shah Alam pula.

Pada majlis resepsi itu juga Atilia menggayakan busana rekaan Rico Rinaldi yang terus dibelinya sebagai tanda kenangan. Perkhidmatan gerai gambar segera tajaan Piccabooth turut memeriahkan lagi majlis dan menjadi cenderahati buat tetamu.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");