Sukan Hari Ini

Badminton negara ada peluang cerah

MALAYSIA semakin mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir apabila menumpaskan Filipina 4-0 pada saingan pusingan awal Piala Axiata 2014 di Kelapa Gading, Jakarta semalam.

Selepas menang ke atas Eropah kelmarin, pasukan diketuai Chong Wei Feng itu terus mempamerkan aksi cemerlang dengan menjadikan Filipina mangsa seterusnya.

Namun kedudukan negara masih belum terjamin dan mereka harus memastikan kemenangan pada perlawanan terakhir, bertemu Singapura, hari ini untuk mencuri satu slot ke separuh akhir.

Pada pertemuan semalam, mata sulung negara disumbangkan pemain perseorangan lelaki, Wei Feng yang mudah menundukkan Jayson Oba-Ob 21-12 21-14 dalam masa 29 minit.

Permulaan cemerlang itu diikuti perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi yang turut tidak berdepan masalah untuk mengalahkan Airah Mae Nicole Albo 21-12 21-12.

Malaysia mengesahkan kemenangan apabila beregu lelaki, Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong menjadikan kedudukan 3-0 apabila mengalahkan gandingan Philip Joper Escueta-Ronel Estanislao 24-22 dan 21-11.

Beregu campuran, Chan Peng Soon-Lai Pei Jing mengesahkan kemenangan apabila menumpaskan gandingan Peter Gabriel Magnaye-Eleanor Christine Inlayo 21-16 dan 21-17-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");