Perak Hari Ini

“Bajet 2015, Mesra Belia” – Shahrul Zaman

IPOH : Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya menyifatkan pembentangan bajet 2015 kali ini berupaya membantu generasi muda dan cukup mesra belia.

“Daripada segi belia termasuk sukan, komunikasi dan multimedia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk warga belia adalah berterusan,” katanya.

Jelasnya lagi pembentangan bajet kali ini juga telah ditambah untuk menggalakkan penganjuran lebih banyak program dan penyediaan landasan khusus untuk generasi muda.

“Pengupayaan generasi muda diteruskan sebanyak RM2 juta dan terdapat juga bantuan kewangan Skim Mikro Kredit Amanjaya Belia Niaga berjumlah RM1 juta,” katanya.

Bidang sukan juga katanya, melibatkan peruntukan sukan massa pada tahun 2015 yang telah dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM1.5 juta.

“Peruntukan tersebut dapat membantu usaha Kerajaan Persekutuan dalam memberi penumpuan lebih kepada sukan berprestasi tinggi peringkat negeri,” katanya.

Tambahnya lagi, sukan lasak juga kini telah menjadi tumpuan khusus dalam pembentangan bajet kali ini iaitu memberi penekanan juga terhadap sukan pelancongan dengan peruntukan khusus sebanyak RM3 juta.

“Sukan ekstrem sangat diminati oleh golongan muda manakala dana buat K-Perak juga dilihat diteruskan lagi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan program melibatkan ICT,” katanya.

Tambahnya lagi, secara keseluruhannya pembentangan bajet 2015 kali ini jelas menunjukkan keperihatinan negeri terhadap golongan belia.

“Insiatif terhadap perumahan dan Ladang Rakyat (Ladang belia Aman Jaya) mempunyai kuota khusus untuk belia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri kepada belia,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");