Sukan Hari Ini

Ballon D’Or peringatan menyakitkan buat Itali – Buffon

ZURICH: Anugerah FIFA Ballon D’Or adalah peringatan yang menyakitkan untuk bola sepak Itali, kata penjaga gol kebangsaan negara itu dan Juventus, Gianluigi Buffon.

Tiada seorang pun pemain dari Itali berada dalam tiga pencalonan terakhir anugerah itu sejak Fabio Cannavaro diundi selaku Pemain Terbaik Dunia pada 2006.

“Hakikatnya tiada pemain Itali dicalonkan yang memaksa kita untuk memahami keadaan bola sepak kita sedang, dan mengesahkan bahawa kualiti teknikal dan individu pemain kita sudah menurun,” kata Buffon dalam temuramah di laman web, FIFA.com.

“Saya tidak tahu sama ada kami memiliki pemain muda, berbakat yang mampu memenangi anugerah ini pada masa depan.

“Tiada pemain Itali di kalangan calon-calon untuk tahun ini kerana kami mengharungi kempen mengecewakan di Piala Dunia dan kelab-kelab kami sudah sekian lama tidak mampu mencabar untuk anugerah tertinggi.

“Sama ada kami meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan atau bola sepak kami akan kekal seperti biasa, dan ia akan menjadi sesuatu yang mustahil untuk menonjol,” katanya.

Pada usia 36 tahun, Buffon masih bergelar penjaga gol nombor satu buat skuad kebangsaan Itali dan Juventus ketika ini.

“Ini mungkin satu titik yang rendah buat Itali namun sejarah negara ini membawa begitu banyak bebanan, dan bola sepak Itali sentiasa mampu menggabungkan teknik dan disiplin taktikal.

“Dengan menekankan kepada kualiti ini, saya fikir tidak lama lagi kami akan kembali bangkit semula,” katanya. – Reuters-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");