Sukan Hari Ini

Balotelli terus undang masalah

LONDON: Penyerang Liverpool, Mario Balotelli akan berdepan siasatan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) terhadap paparan dibuatnya dalam media sosial yang bersifat perkauman dan anti semitik.

Perkara itu dilaporkan oleh media Britain, semalam.

Begitupun, paparan yang dibuat oleh pemain kelahiran Itali itu kemudian dipadam daripada akaun laman sosial Instagram miliknya.

“Kami menyedari paparan itu yang sudah pun dipadamkan sepenuhnya oleh pemain itu,” kata jurucakap Liverpool kepada BBC.

“Kami akan bercakap dengan pemain itu mengenai isu itu.”

Bekas eksekutif FA, Simon Johnson berkata pemain berusia 24 tahun itu perlu dihukum.

“Kami jijik dengan segala bentuk perkauman, di mana juga ia ditemui,” katanya kepada akhbar The Daily Telegraph.

“Kami menggesa FA untuk menyiasat paparan menghina dalam media sosial dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika ia mampu menolak masalah perkauman dalam bola sepak.” – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");